Monday, March 22, 2010

Kepentingan komputer...

Semakin hari,cabaran teknologi maklumat memerlukan manusia yang bersedia dan berpelajaran untuk berhadapan dengan kemajuan yang pesat dan berterusan.Oleh itu,penggunaan komputer di kalangan rakyat Malaysia termasuklah kanak-kanak,remaja,golongan dewasa dan golongan warga emas amat penting.Komputer merupakan alat elektronik yang dapat menyimpan maklumat,menganalisis maklumat,dan mengeluarkannya apabila diperlukan.


Komputer digunakan sebagai alat pembelajaran kepada pelajar kerana mereka dapat melakukan tugasan pembelajaran dengan cepat dan mudah.Pelajar perlu mahir menggunakan komputer sejak kecil lagi agar dapat membudayakan ilmu teknologi maklumat dalam kehidupan pelajar.Kempen kerajaan 'satu rumah,satu komputer' memberikan peluang kepada pelajar menggunakan komputer di rumah untuk memudahkan pembelajaran.


Penggunaan komputer sebagai sumber rujukan oleh pelajar amat penting untuk membantu mereka mencari maklumat yang berkaitan dengan ilmu pendidikan.Disamping itu.pelajar dapat melayari internet memperoleh bahan-bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan pelajaran yang diberikan oleh guru.Hal ini menyebabkan mereka dapat menjimatkan masa pembelajaran mereka lantaran adanya kemudahan sunber maklumat daripada komputer.


Pelajar juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan bermain permainan komputer sambil berhibur.Malahan mereka dapat melukis gambar dengan menggunakan komputer sekaligus dapat meningkatkan minat pelajar terhadap perisian komputer.Namun,ibubapa perlu memantau anak-anak semasa menggunakan komputer khususnya semasa penggunaan internet agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut.


Kesimpulannya,kini penggunaan komputer amat penting kerana penggunaan komputer dapat membantu manusia dalam menguruskan maklumat secara tepat dan mudah.Pelajar perlu didedahkan dengan ilmu teknologi maklumat agar mereka menjadi generasi yang celik komputer.

Friday, March 5, 2010

Jalur lebar merubah hidup saya...

ASSALAMUALAIKUM....

buat semua ahli blogger dan kawan-kawan sekalian...saya azie dari smkct ingin berkongsi tentang"jalur lebar merubah hidup saya".Buat pertama kalinya saya belajar mencipta satu blog saya sendiri dan menceritakan betapa seronoknya membikin blog ini sedikit sebanyak memberikan banyak manfaat dan pengalaman yang menarik kepada saya pada tahun 2010 iaitu tahun terakhir saya bergelar pelajar sekolah menengah.....
 

jalur lebar merubah hidup saya. Design By: SkinCorner